Instagram

grace & faith

innermost thoughts.

  • Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Download premium vector of Hand drawn sunflower patterned ...



Aku rasa ramai dikalangan kita, yang ada rasa diri ni useless, rasa diri ni selalu overthinking, rasa serabut gila, stress, rasa macam takde harapan and list goes on, kan? Kalau tak banyak, mesti ada walaupun sikit right? Kalau yang takde rasa macam tu, alhamdulillah lah. But, let me tell you something.

you are not useless.
you are not a burden in this world.
you can achieve your dreams.
you can be a better person!


Believe me, semua orang ada kepentingan kepada dunia ni. Walaupun kau rasa kau takde bakat apa-apa, sebenarnya kau ada. Cuma kau tak cari je. Kalau betullah kau memang takde bakat atau useless, then kenapa kau diciptakan kat dunia ni? Mesti ada sebab. Jadi, janganlah rasa macam tu. Itu perasaan kau je, bukan betul pun. Kau boleh je cipta bakat if kau nak. 

Contoh, kau takde bakat dalam subjek Math. But one day, kau cuba buat latihan Math ni. Then tetiba kau rasa suka sikit dengan subjek tu sebab kau dah mula faham konsep. Then, kau cuba buat lagi.

And akhirnya kau memang dah fall in love with the subject. Secara tak langsung, timbul perasaan minat terhadap Math ni. Dari situ, kau boleh jadikan benda yang kau minat ni as bakat. Kau boleh asah & asah bakat kau sampai kau jadi pro. Then, kau boleh beri manfaat melalui bakat ni contohnya dengan jadi cikgu ke, akauntan ke, pensyarah ke, pegawai bank ke, professor ke and lain-lain lagi.  And secara tak langsung, kau boleh sara hidup melalui bakat ni. Kan berguna tu?

Cuma yang penting, kita kena pandai control mindset kita. You know what, your mind can control. Kita BOLEH, I repeat, kita BOLEH control mindset kita sama ada nak fikir ke arah positive atau negative. Meh aku jelaskan lebih clear,

"In simple terms, being positive is to intercept our negative thinking as it happens and modify it into something more positive. This doesn't mean that we deny the bad thing that had happened. There is a difference between being positive and being delusional." 

from book : Unshakeable, by Aiman Azlan.

Jadi, kalau rasa-rasa fikiran tu ke arah negative, then cuba tukar balik ke arah positive. Kau kan yang control minda kau? So, bawaklah minda kau ke arah positive. Okay, biar aku bagi contoh sikit eh.

Contoh, kawan kau post something yang macam relatable dengan kau. And kau rasa dia macam nak perli kau sebab statement yang dia post tu macam dituju kepada kau. Dia tak mention sesape pun, tapi kau je terasa lebih. So kau pun mulalah sangka yang dia ni mesti nak bagi aku terasa kan. 

Pastu dari situ, kau mula fikir makin dalam, dalam, dalam, dalam sampai kau stress. End up, kau dah takde mood nak buat kerja, malas nak geraklah, tetiba baran tak tentu pasal, bad mood & lain-lain. See? Banyak kan kesan dia? 

Padahal, kau boleh je anggap benda tu nothing. Waktu kawan kau post statement tu, kau boleh je anggap yang maybe dia post sebab dia nak mention orang lain ke, memang nak post secara umum bagi semua orang tahu ke, atau maybe dia post sebab relatable dengan diri dia sendiri. Kau pun tak boleh lah nak simpulkan apa-apa sebab kau tak tahu apa tujuan dia post benda tu. 

Jadi, kat sini kau ada pilihan nak anggap benda tu as positive atau negative. But still, kedua-dua pilihan tu belum tentu betul. Jadi, kalau nak kesan yang baik, fikirlah positive. Tak ada faedah pun kalau fikir negative. Nanti kau jugak yang stress, kan?

Apa-apa je situasi yang kau lalui, kau akan berhadapan dengan pilihan. Tengah main fon, tengah belajar, tengah tengok tv ke, tengah tengok netflix ke, melukis ke, mewarna ke, membaca ke dengar lagu ke, apa-apa je. Kau memang kena buat pilihan & kau berhak buat pilihan. So, pilihlah perkara yang akan beri kesan positive oki 😉.

 Image result for positive words pinterest

Kepada sesiapa yang mungkin menghadapi stress, atau mungkin dah nak ke depressed, please love yourself. Kadang-kadang kan, kalau kita selalu fikir negative, overthinking ke arah negative, nanti boleh bawa kepada stress & depression tau. Please, jangan sakiti diri sendiri. Kau sangat berharga. Jangan seksa diri, jangan rasa useless. Bangun, bangkit. Semua orang boleh berjaya, semua orang boleh jadi lebih baik. Masih ada peluang untuk ubah apa yang kau tak nak.

Depression & stress ni sangat berkait dengan mental. Jadi please, jaga mental kita baik-baik. Mental kita ni hebat gila tau. Benda yang kau rasa mustahil untuk jadi, boleh terjadi, bila kau control mind kau betul-betul. Meh aku bagi contoh lagi, hehe.

Aku ada baca dalam buku Unshakeable jugak, ada satu part ni, penulis cerita yang masa tu dia tengah berlari dekat dengan kawasan rumah dia. Pastu dia rasa nak berhenti sebab dia rasa macam dah tak boleh nak teruskan tapi, dia terfikir; dia nak tengok how far he can push himself. 

So, dia cakap dengan diri dia, "just a little further, run until you reach that tree in front of you." Pastu dia larilah and dia tak sangka dia dapat lari sampai pokok tu. Pastu dia sambung lagi dengan strategi yang sama, "just a little further, now run until you reach that bridge." Again, dia mampu buat. Then, dia terus ulang strategi yang sama sampailah dia habiskan larian dia. 

Eventually, he realized that it wasn't his body that was quitting, it was his mind. His mind was telling him to stop, not his body. 

Nampak tak? Our mind is SO POWERFUL. We can control our mind !

So, kalau kita nak sesuatu tu terjadi, cakap dengan diri sendiri & fikir macam mana nak pastikan yang kita dapat buat benda tu. Control our mind.

.
..
...

I hope that these can help each one of you. Aku pun masih tak pandai nak bagi tips semua ni, aku hanya berkongsi. Dan aku harap adalah sedikit sebanyak manfaat melalui perkongsian ni. Apa yang aku kongsi ni pun adalah pendapat aku sendiri lepas aku baca buku Unshakeable tu and bahan bacaan lain. Kalau ada yang salah, aku minta maaf. Mungkin aku masih belum matang untuk beri pendapat. Tapi apa-apa pun, yang positive kita ambil, yang negative kita letak tepi oki. ♡

"How you think is how you feel. So if you want to feel better, think better."
- Aiman Azlan

Thank you for reading. See you soon, bye! 🌼
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Image result for desktop wallpaper pinterest


Selaaain daripada tu, kita kat sini, masih mampu fikir harini nak berbuka apa, nak sahur apa.

Pernah tak kadang2 tu terfikir macam mana perasaan berada di tempat kanak-kanak Palestine? Kesusahan diorang, keperitan ujian hidup diorang..

Anak-anak muda Palestin dah mampu beli kehidupan akhirat. Setiap hari diorang fikir sama ada hidup atau mati. Takde masa nak fikir berbuka apa, sahur apa. Kita kat sini senaaaang sangat. Semua boleh beli, semua dah tersedia-- takde masalah langsung. Kalau ada masalah berat sekalipun, tak mampu nak dibandingkan dengan keperitan penduduk Palestine.

Mereka dah nampak yang akhirat itu lebih bahagia & baik berbanding dunia yang penuh dengan musibah. Jadi, kita yang masih cukup segala keperluan ni, bersyukurlah. Syukur sangat-sangat kita masih ada rumah, ada katil empuk untuk tidur, ada kenderaan. 

Diorang dah takde dah semua tu. Ada rumah pun cukup2 untuk berlindung je. Gunalah kesenangan yang ada ni untuk buat baik, untuk berubah. Jangan nanti dah susah barulah menyesal kenapa aku tak berubah dari awal lagi..
.
.

So sebelum ni, aku ada cakap pasal taqwa kan. Jadi sekarang, aku nak kongsi ilmu daripada ustaz tentang macam mana kita nak lahirkan taqwa dalam diri.

1. Mesti ada perjanjian dengan Allah bahawa tiada yang layak disembah melainkan Dia.
tiada tempat untuk kita mohon sesuatu melainkan hanya Allah. Contohnya, sebelum sahur tu, ambillah masa sekejap untuk bermunajat pada Allah. Luahkan segala apa yang kita nak luahkan pada Allah. Kalau boleh, menangislah. Air mata tu sangat mahal. Kalau kita dah memang tak boleh nangis langsung, nabi kata, buat-buatlah menangis. 

2. Muhasabah.
renungkan balik-- macam mana quran aku, macam mana qiamullail aku, sedekah, solat and lain2. Bacalah quran, sebab Al-Quran lah yang akan jadi pembela kita di akhirat kelak. Bila kita luang masa sikit untuk muhasabah, insha Allah kita akan sedar balik daripada perkara yang melalaikan kita.

3. Mujahadah.
mujahadah ni maksudnya bersungguh-sungguh. Kita kena buat 'resepi' untuk dapat semua kebaikan pada bulan Ramadan. Mulakan tindakan tu sekarang-- rapatkan diri kepada Allah, buat solat2 sunat & jangan bagi alasan. Lepastu hadirkan hati; ingat kematian. Ingat apa yang jadi lepas kematian, which is tentang nikmat syurga & azab neraka lah kan. Baru kita akan bersungguh buat amal ibadah.

4. Perbanyakkan baca Al-Quran.
bacalah walaupun dalam fon. Kalau boleh guna mushaf. Kurangkan masa dengan fon & banyakkan masa dengan Quran.

5. Baca sirah-sirah nabi.
banyakkan baca kisah-kisah nabi. Contohnya, kisah tentang macam mana nabi puasa, berbuka, bersahur & kisah2 lain. Banyak sangat kisah nabi yang best2 dan kita boleh jadikan inspirasi.
*info tambahan: semua makanan yang kita makan, akan dihisab di akhirat. 

6. Berkawanlah dengan orang yang baik.
cth; ikutlah dia solat sama2. jangan kamu bersahabat melainkan orang yang betul2 beriman pada Allah. Sebab, kalau kita kawan dengan seseorang yang baik, insha Allah lama-lama kita akan terkena tempias baik tu jugak. Tapi, kalau sebaliknya, sebaliknya lah yang akan jadi :) 

Dan aaakhir sekali,

7. Ingatlah Allah setiap masa.
tak kisahlah masa tengah masak ke, tengok gunung ke, pokok ke, sungai ke, tengah lipat baju ke, sapu sampah ke ah semualah. Cuba untuk hadirkan hati untuk ingat Allah dalam apa jua yang kita lakukan. 

--------------------
Okay, sampai sini sahaja entry kali ini. Maaflah kalau terlalu panjang, tapi benda ni kan penting untuk kita semua. So, sebab tulah aku share. And, janganlah anggap aku dah buat semua yang aku share ni sebab aku pun pendosa jugak-- perlukan tarbiyah untuk didik jiwa. Kita usaha sama-sama eh? 

Terima kasih sebab baca sampai habis, minta maaf kalau ada salah silap sepanjang pembacaan ni. Semoga bermanfaat untuk kita semua! Assalamualaikum. 💗
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
بسم الله الرحمن الرحيم 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.

Related image

Assalamualaikum korang. 😊

Maaf sebab agak lambat post this entry sebab aku tak boleh tulis kalau takde mood, nanti entah apa2 yang aku tulis nanti. So now, mood dah sampai, maka terhasillah nukilan ini :)

Btw, sebelum ni aku ada pergi lawatan ke sebuah masjid kat Shah Alam. Nama masjid tu Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah sempena PPIM punya program. And aku dapat banyaaaak sangat ilmu sepanjang kat sana. So, aku nak share lah dgn korang semua ye. Terutamanya untuk aku sendiri :') Jadi, jom baca? Bismillah..

--------------------
Panel 1: Ustazah Hajah Hindon binti Abdullah.

Masa ustazah bagi kata alu-aluan, aku ada dapat tangkap sedikit 'mutiara' ilmu daripada beliau, ceh. Sempena dalam bulan mulia ni, ustazah ada cakap-- ambillah peluang untuk solat Terawih. Sebab hakikatnya, syurga sangat rindu pada kita. Syurga sangat sangat indah, dan Allah akan masukkan orang2 yang baik & buat amal2 baik ke dalamnya.

Waktu ni lah kita kena didik diri untuk jadi orang yang bertakwa kepada Allah. Bulan puasa ni bukan untuk tahan makan & minum je, jaga semua anggota badan especially MATA. Jangan buat apa yang Allah larang. Sebab, kebanyakan dosa terjadi melalui mata. Tentang mata ni, Allah dah terangkan dah dalam Surah An-Nur ayat ke-30 & 31 kenapa kita kena jaga pandangan. So, cubalah sedaya upaya untuk tahan mata dari melihat benda tak baik sebab Allah akan gantikannya dengan memberikan kemanisan iman dalam hati kita.

"Pandangan pertama merupakan anak panah beracun yang terlepas dari busur sang iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan gantikannya dengan memberikannya kemanisan iman di dalam hatinya."

- Hadith sahih riwayat Hakim.

Dan, ustazah ada bagi kata-kata yang-- bagi aku, sangat mendalam maksudnya.

"Orang-orang biasa mencari kecemerlangan bertaraf dunia. Namun, orang Islam adalah luar biasa & mencari kecemerlangan bertaraf syurga."

.

Panel 2: Ustaz Mohamad Fauza bin Ali.

Sebelum aku kongsi apa yang ustaz sampaikan, aku nak bagitahu yang pembacaan ini panjang sikit, hehe. Tapi aku ada buat part 2 untuk sambungan. So, insha Allah tak nampak terlalu panjang kot ehehe. Ok, sambung.

Ustaz ada bagitahu bahawa--

Allah janji akan bagi syurga pada orang2 yang bertaqwa. Sebelum tu, apa maksud taqwa ni sebenarnya? Sebab, kalau kita tak tahu maksud taqwa ni, macam mana nak jadi orang yang bertaqwa kan? Dan, apa yang kita kena buat untuk jadi orang yang bertaqwa?

Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Umur-umur kita ni, sepatutnya dah dikenali dengan tarbiyah; dididik. Nak nak pula sekarang ni kita dalam bulan Ramadan. Inilah masanya untuk didik diri. Guna waktu ni sebaik-baiknya. Nak tahu tak, salah satu golongan yang mendapat pertolongan Allah di akhirat kelak ialah-- pemuda2 yang hidup dalam ketaatan kepada Allah.

Tarbiyah ni sangat penting; untuk beri makan pada roh, nafsu dan rohani kita. Sebab sekarang ni kita berada di zaman yang bahaya. Tengoklah umat Islam harini macam mana. Terlalu terikut-ikut dengan budaya barat, sampaikan menganggap bila kita ikut cara Islam adalah ketinggalan zaman. Kalau nak ikut pun, ikutlah perkara yang baik. Islam tak susah pun, cuma kita ni tak kenal Islam secara mendalam. Tu yang rasa susah tu.

Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara :
- hidup sebelum mati
- sihat sebelum sakit
- lapang sebelum sibuk
- muda sebelum tua
- senang sebelum susah

Kelak, kita akan ditanya tentang apa yang kita pertanggungjawabkan.

Umur;
- kemana kamu guna umur kamu?
Muda;
- mana kamu guna masa kamu?
Harta;
- kemana harta yang kamu laburkan?

"Masa itu adalah kehidupan." Waktu yang ada ni, itulah kehidupan kita. Jadi, gunalah sebaik-baik yang mungkin. Jangan guna untuk benda tak penting. Set a goal everyday. So, kita akan lebih terdidik untuk kejar impian kita tu setiap hari & tak pandang dah benda tak penting. 

Diantara faktor yang membawa kepada kerosakan :
- ibadah yang tiada kemanisan
- nafsu amarah; nafsu bergelojak

Kadang-kadang, kita ni hidup nak harta, nak famous, nak kaya, nak ada boyfriend, girlfriend, nak macam-macamlah. Sebenarnya, benda tu tak memuaskan pun. Tapi sebab kita ikut nafsu, so kita tetap jugak buat walaupun benda tu tak beri kepuasan. Waktu bulan Ramadan ni lah, kita kena jadi 'driver' & nafsu jadi 'passenger'. Biar kita yang pandu nafsu kita tu pergi ke arah yang baik, bukan nafsu yang pandu kita. Kalau nafsu yang jadi 'driver' sangat bahaya!

Selain tu, pandangan mata pun sangat bahaya. Apatah lagi jika disusuli dengan hawa nafsu, astaghfirullahal'azim. Antara jalan-jalan yang membawa kita kearah perbuatan zina ialah pandangan matalah. Mula-mula memang pandang-pandang je. Pastu dah rasa biasa pandang2, mulalah senyum2. Then, beranikan diri untuk bagi salam pulak. 

Tup tup, dah bersembang panjang lebar secara tak sedar. Bila dah mesra, start buat temu janji. Pastu berjumpa. Lama-kelamaan, bila perbuatan berjumpa with each other dah rasa biasa, bila-bila masa je boleh bawa kepada zina. Nafsu ni kalau dah bergelojak sangat, dan iman kita tak kuat, dialah yang pandu kita nanti. Sampai diri sendiri pun tak sedar yang dah terlanjur, nauzubillahi min zalik.
.
.
sambungan di entry seterusnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Related image


Seperti yang korang semua tahu, bulan Oktober sampailah Disember adalah bulan yang paling baanyak masa. Terutamanya bagi kita ni, pelajar sekolah. Tapi, apa yang kita buat dengan masa yang berlambak-lambak tu? 

Adakah kita sia-siakan masa macam tu je? 

Tahu, tahu. Semua orang penat belajar dari bulan Januari sampailah ke bulan September dan awal Oktober. Kita semua berhak dapat rehat. Tapi, dalam rehat-rehat tu, janganlah sampai membuang masa.

Dalam waktu-waktu ni, semua sibuk

- main game
- qada' drama & movie yang dah lepas
- online social media 24 jam
dan lain-lain.

Dan jujur, aku pun termasuk dalam senarai tu. 😢

Kadang-kadang aku terfikir, takkan aku nak buat benda lagha macam ni je sampai akhir tahun? Bila aku nak isi masa aku dengan benda berfaedah dan bermanfaat? 

Bercerita tentang masa ni, aku teringat mesej dari Allah dalam Surah Al-'Asr ;

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.

Korang semua ada bakat terpendam kan? Takkan takde, semua mesti ada walaupun satu. Jadi, apa kata korang guna & asah bakat korang untuk kebaikan? Okay, aku bagi contoh ;

Kalau korang pandai menulis, tulislah perkara yang bermanfaat. Tulis puisi ke, kata-kata hikmah ke, or even tulis buku ke? Asalkan apa yang korang tulis itu membawa kepada kebaikan dan bermanfaat untuk ummah.

Kalau korang pandai melukis, lukislah perkara yang menunjukkan keindahan Islam. Lukis komik yang berunsur dakwah ke? Lukis something yang baik dan positif. Yang penting lukisan itu adalah sesuatu yang membuatkan orang lebih dekat dengan Allah. Uishh, berganda-ganda pahala masuk tu.

Kalau korang mahir dalam bercakap atau berdebat, cakaplah perkara yang baik dan bermanfaat. Bila bercakap dengan orang, keluarkanlah kata-kata yang membuatkan orang tertarik dengan Islam. Beri nasihat. Kadang-kadang, kita tak sedar, melalui percakapan pun boleh buat hati seseorang tu tergerak kepada kebaikan atau keburukan.

Tak kisahlah apa-apa sahaja kemahiran & bakat yang korang ada, gunalah untuk kebaikan. Gunakan perkara itu untuk jadi lebih dekat dengan Allah. Pahala dapat, ketenangan pun dapat. Insha Allah.

So, berbalik kepada masa tadi. Banyak masa yang Allah bagi pada kita sekarang ni. Jadi, salah satu cara untuk isi masa yang banyak itu ialah dengan gunakan bakat korang. Asah, asah, asah dan asah! 

Walaupun dah mahir tahap antarabangsa, asah jugak ! Tak rugi pun kan?

Semoga, bila kita usaha untuk gunakan bakat yang kita ada untuk isi masa lapang, kita terhindar daripada menjadi manusia yang rugi. Dan semoga, kita semua menjadi hamba Allah yang disebutkan dalam ayat ke-3 dalam surah Al-'Asr tadi.

 "Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran."

Insha Allah, teruskan berdoa. Aamiin !

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pemandangan waktu pagi kat belakang dorm ♡

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama sangat rasanya tak buka blog ni. I mean, bukanlah tak buka. Tak upload entri baru. Dah 4 bulan dah. Maklumlah, saya sibuk dengan study untuk PT3, so saya memang dah larang diri saya untuk tak upload entri baru plus, takde idea nak tulis apa haha.

---

Nak dijadikan cerita, sebelum PT3, saya and pelajar batch '03 yang lain pergi kem. Kem ni untuk persediaan sebelum PT3 lah kiranya. 

Disebabkan ada baaanyak benda yang best masa kem tu, saya plan nak buat entri barulah!

Sooo, selamat membaca! ♡

---

13 - 15 Julai 2018  (3 days 2 nights)


Me with Ain! ♡ (masa dalam perjalanan nak pergi kem)
                                   
Masa kitorang semua dah sampai AsiaCamp tu, cuaca kat sana memang panas. Panas terik! Peluh mengalir-ngalir kat badan. Tapi, nak buat macam mana kan. Kenalah terima. Lepas itu, cikgu-cikgu pun suruh murid-murid semua berkumpul untuk bagi arahan and tetapkan bilik dorm setiap kumpulan.

Lepas dah tahu bilik dorm, apa lagi, serbulaaahh!

Bila dah sampai bilik tu, memang lega sangat. Bolehlah nak baring-baring jap (tiberr). Pastu kitorang pun pilihlah katil masing-masing. Katil kat sana single je. So, lagi bestlah haha. Lepas dah rehat and kemas-kemas barang kat bilik, kitorang pun pergi dewan untuk belajar. Waktu itu dalam pukul 11 lebih rasanya. Panas dia jangan katalah, peluh still mengalir-ngalir lagi .-.

Then, dah habis belajar, dalam pukul 1 camtu, kitorang pun pergi kantin untuk makan. Lepas makan, solat pastu rehat kat dorm untuk mandi ke apa pastu belajar balik.

Begitulah juga aktiviti pada waktu malamnya. Study.

Fun fact, aku ni jenis yang tidur awal tau. Memang tak boleh tidur lambat sebab cepat ngantuk 😂. Kalau boleh, pukul 10 atau 10 lebih dah terlelap dah. Tapi, malam itu, kitorang kena belajar sampai pukul 11. Memang ngantuklah jawabnya. Tepaksalah tahan ngantuk itu jugak. Masa belajar, tak habis-habis menguap haha.

Lepas dah habis belajar, kitorang pergi minum malam dulu kat kantin. 

Dah habis minum, balik dorm. 

Masa kat sana, aku sebilik dengan classmates aku and beberapa pelajar dari kelas lain. Tapi yang ramainya, kelas akulah. Nak dijadikan cerita, ustazah aku ada bagi homework untuk subjek KKQ (kelas kemahiran al-quran), so mereka-mereka yang sungguh rajin ini pergi buat homework tu ramai-ramai kat tengah-tengah bilik. Pukul 11 lebih tau, dah nak pukul 12 dah masa tu. Aku cam ._.

Tapi aku tak buatlah sebab aku tak bawak buku itu 😂. Lagipun aku ngantuk, so malas nak fikir, aku tidur je.

---

Esoknya pulak, kitorang bangun and bersiap-siap untuk solat Subuh. Kitorang start study kat dewan pukul 8 or 8 lebih camtu, so sementara tunggu pukul 8 itu, lepas habis solat, ada yang lepak-lepak kat bilik, ada yang keluar jalan-jalan and macam-macamlah. Tak ingat sangat dah 😂. 

Daaan, gambar kat atas itulah pemandangan waktu pagi kat belakang dorm kitorang! Cantik kann? 😍

And, ada suatu pagi itu, kitorang kena hadirkan diri untuk senamrobik. Senamrobik ini campur dengan sekolah lain. Kawasan kat sana memang luas and memang untuk kem, so memang banyak sekolahlah buat kem kat sana. Cikgu tak bagitahu pun ada senamrobik, tapi tiba-tiba je kena buat senamrobik. So, nak tak nak, kena buat jugak. Dahlah bukan semua pelajar join, ada yang terlepas tau haih.

Masa itu, semua sekolah dah berkumpul dah kat laman untuk senamrobik, sekolah kitorang je yang lambat. Coach (tak tahu orang panggil apa yang lead untuk senamrobik tu) dah marah kitorang dah. So dengan terpaksanya, kitorang join jugak senamrobik itu.

Dalam banyak-banyak hari, kenapa haritu jugak nak buat senamrobik? Dahlah aku pakai baju kurung. Ya, baju kurung untuk senamrobik kawan-kawan. Baju kurung.

Tapi takde sesiapa pun yang kisah, jadi aku buat jelah senaman itu. Dahlah lambat, pakai baju pelik. Ya Allah, malu itu tak tahu nak tutup kat mana.

And, masa tengah buat senaman itu, ada lagu tarian Jamilah tau. Sekolah kitorang memang jadikan tarian itu sebahagian daripada perkara yang semua pelajar kena tahu. Kiranya, kalau ada apa-apa sambutan kat sekolah ke apa, mesti akan ada tarian itu jugak. Nak dijadikan cerita, sekolah lain tak tahu tarian itu. Sekolah aku and leader senamrobik itu jelah tahu, so kitorang pun menarilah dengan semangat sebab kitorang dah biasa dengan tarian itu kan. 

Masa menari, step kitorang tak sama dengan leader. Leader ke kanan, kitorang ke kiri 😂. Disebabkan sekolah aku je yang bersemangat menari lagu itu, plus dengan step yang tak ikut leader, semua sekolah yang ada pandang peliklah kat kitorang. Semua tengok je kitorang menari. Diorang yang lain pun dah tak ikut leader buat senamrobik haha. Serious, waktu itu kelakar gila. Tak sia-sia pergi senamrobik walaupun pakai baju kurung 😂. 

Lepas dah habis senamrobik, kitorang pun pergi sarapan and belajar. Begitulah juga aktiviti waktu petang dan malamnya. Haa, waktu petang itu, lepas dah habis belajar, kitorang pergi jalan-jalan jap ambil angin petang gitew. Masa itu kitorang pergi satu kawasan ni, kawasan itu banyak game taaaauu. Best gila game diaa. Game itu bukanlah game alam maya, aktiviti fizikal lah. Macam aktiviti PLKN itu (yeke? tah) . Panjat tembok, gayut kat tali seberang air, haih macam-macamlah! 

Ni gambar yang sempat diambil masa kat sana ⇩

nampak tak siapa yang pakai baju kurung kat situ em
                 
Sebenarnya berlambak lagi gambar, tapi satu cukuplah kot kan. Hehe. 

Pada waktu malam pulak (still tak ingat malam mana satu sebenarnya), lepas dah habis belajar dalam pukul 11, cikgu and pelajar lelaki layan FIFA kat dewan. Pelajar perempuan semua balik dorm, pelajar lelaki ada yang balik dorm and ada yang layan FIFA ramai-ramai. Masa itu memang musim bola sepak, so aku yang sifar pengetahuan tentang bola ini, malas nak ambil kisah. So, let them be.

...

Akhirnya, tibalah hari untuk kitorang semua balik. Tapi still kena belajar jugak pagi itu sebab kitorang balik lepas zohor. 

Waktu pagi itu (sebelum mula belajar), kitorang semua kemas-kemaslah barang apa yang patut. Kemas bilik, buang semua sampah dalam bilik bla bla bla.

Then, pagi itu kitorang diberi ceramah (ceramah ke? entah tak tahu nak panggil apa) daripada pihak pentadbir sekolah kat surau. Pihak pentadbir bagi nasihatlah kat kitorang semua, tentang kejayaan, pelajaran, and macam-macam lagi. So, dapatlah kitorang motivate diri sikit waktu pagi itu. Perasaan nak berjaya membuak-buak gituu.

Daaan akhirnya, kitorang pun balik. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada sikit masalah sebelum balik itu, tapi masalah itu berjaya diselesaikan. Everything goes smoothly, alhamdulillah ♡.

---

Walaupun hanya 3 hari 2 malam kat sana, aku tetap dapat banyak pengalaman. Lagi-lagi bila dengan classmates sendiri. Rasa dia lain tau. Dari form 1 sampai form 3 classmates yang saaaama je. Mungkin kedengaran agak bosan yelah hadap muka yang sama je setiap tahun kan, tapi tak bagi aku. Aku happy je. Rasa rapat dia itu macam keluarga and adik-beradik sendiri. 

Kawan-kawan dari kelas lain pun sporting je semua. Waktu belajar, jadi best dengan diorang semua. 

Aku minta maaf kalau tak banyak benda menarik yang aku cerita, sebab aku dah tak berapa ingat hehe. Semoga entri ini dapat menceriakan hari korang semua 😉.

Argghh I love my classmates so muchh! 💕

---

Okay, jumpa lagi dalam entri yang akan datang, assalamualaikum! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Gambar ini diambil melalui laman web 1 utama. Bukan saya yg tangkap gambar.
So, seperti yang saya dah inform di ig story, saya akan buat cerita atau boleh dikatakan pengalaman (pengalaman ke) waktu saya di kedai Muji ni. So, ceritanya begini..

Muji One Utama, Kuala Lumpur.

Pada hari Sabtu (semalam), aku pergi kedai Muji ni untuk beli stationery. Sebenarnya, waktu hari Sabtu tu, keluarga aku rancang nak jalan-jalan sebab mak saudara aku datang rumah. Tapi tulah, diorang pun tak tahu nak pergi mana sebenarnya. So, disebabkan aku excited sangat nak beli barang kat kedai Muji tu, aku cadangkanlah pergi One Utama, KL. Aku cakap nak pergi Muji and diorang pun setuju jelah sebab boleh jalan-jalan sikit kat KL. 

Haa, untuk pengetahuan korang, kedai Muji ni adalah kedai Jepun. Bukan Malaysia. Tengok nama pun dah tahu kan. And Muji ni jugak adalah kedai pakaian dan perabot. Tapi sebenarnya, bukan pakaian dan perabot je, skincare, stationery and even makanan pun ada. Tapi tak banyaklah. Yang banyaknya of course pakaian dan perabot. Yang lain-lain tu sikit je. Sambung cerita.

Bila dah jumpa kedai Muji tu, tahap ke'excited'an aku meningkat. dari 50% ke 98%. Itu baru jumpa,  belum masuk lagi. Pastu bila dah masuk, tahap excited aku dah meningkat MENDADAK-DADAK, tapi disebabkan orang-orang dalam kedai tu senyap and suasana pun tenang, aku simpan perasaan excited tu dan tukarkan kepada perasaan syukur. Yela, sebab dah lama gila aku nak pergi kat sini and beli stationery kat situ. Alhamdulillah :)

And mungkin korang tertanya, macam mana aku boleh tahu kewujudan kedai Muji ni and kenapa nak sangat beli barang kat situ? Aku jawab-- sebab aku ada tengok satu channel youtube ni, nama channel tu @studytee. Ada dalam satu video dia tu, dia guna alat tulis Muji. Buku, pen, marker, semua daripada Muji. So, bila tengok dia guna barang-barang Muji tu, rasa beeeeesstt sangat! Rasa macam teratur and clean je bila guna barang tu berbanding alat tulis yang lain. So, dari situlah perasaan aku membuak-buak nak beli and try rasa sendiri barang Muji tu.

Dah nama pun barang dari negara matahari terbit, Jepun, mestilah mahal. Aku tak nafikan, memang mahal. Tapi barangnya berkualiti. So macam kalau beli pun inshaAllah tahan lama and berbaloi. Nak tengok barang yang aku beli? 

Ini diaa ↓

notepad, pen case and notebook.
Itu jelah yang aku mampu ambil haha. Nak beli banyak-banyak nanti ayah marah 😂. Hashtag sayamasihdibawahtanggunganibubapa haha. Sebenarnya, banyak sangat barang-barang menarik kat Muji ni, cuma mahal je. Tapi kalau mampu, bolehlah beli. Tak halang pun.

Haa, lagi satu nak cerita ni. Cerita ni lawak sikit haha.

Basically, kalau dah nama pun kedai Jepun, mesti ramai kaum cina ataupun non-muslim yang datang kan. Tapi orang melayu and india pun datang, cuma tak seramai cina. And, seperti yang korang tahu, KL ni moden. So, orang-orang yang datang sini pun mestilah berpenampilan moden dan tak nampak gaya ketinggalan zaman. Tapi, disebabkan ketaksuban seorang amirah terhadap baju kurung, jadi, dia pun pakai baju kurung pergi Muji tu.

(saya tak nak masukkan gambar saya pakai baju kurung sbb dah ada kat ig story hahah)

Tahu tak perasaan bila jadi ganjil tu macam mana? 
Rasanya macam sehelai kain biasa didalam timbunan permata yang bersinar. (ya Allah, perumpamaan apa aku bagi nih 😂). Haa, lebih kurang macam tulah rasanya. Sangat ganjil binti janggal. (cuba cakap banyak kali, berbelit tak lidah haha)

TAPI,

jujur aku cakap, banyak pengajaran yang kita boleh ambil bila bertembung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Jepun ni. Masa aku belek-belek barang dalam kedai tu, suasana kedai tu tak bising. Lagu tu adalah, tapi lagu yang menenangkan je. Semua barang teratur, takde sepah-sepah. Boleh dikatakan macam betul-betul ada kat Jepun tapi versi Malaysia hehe. 

Lepastu, pekerja dalam kedai tu sangat-sangat menghormati pelanggan yang datang! Setiap kali bertembung dengan pelanggan, diorang akan bagi salam. I mean, diorang akan cakap "Welcome to Muji." Lebih kurang macam itulah pekerja tu cakap. Pastu diorang akan tundukkan sikit badan sebagai tanda hormat.

Aku cakap macam ni sebab pekerja tu ada cakap macam tu kat ayah aku masa berselisih dengan dia. So, timbul kekaguman aku terhadap kedai Jepun ni walaupun mungkin pekerjanya bukan dari Jepun. 

***
Jadi, itu sahajalah cerita aku tentang kedai Muji ni. Harapnya korang enjoylah baca entri kali ini. Tak banyak pun ceritanya, tapi aku cuma nak share sedikit sebanyak pengajaran yang aku dapat kepada korang. So, aku harap korang pun dapatlah pengajaran melalui cerita ini. 

Kalau ada apa-apa cadangan atau komen, boleh terus komen kat bawah ni okey. Aku akan baca, jangan risau hehe. So, jumpa lagi untuk next entry. Assalamualaikum and bye!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Related image
Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar kita semua telah berada dalam 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan. Waktu first day puasa itu rasa macam lamaa sangat nak sampai 10 hari terakhir. But now, kita dah nak habis puasa dah. 

Semoga kita semua lebih mengejar nikmat Ramadan berbanding nikmat Raya.

Tak salah nak bergembira sebab hari raya. Tapi amalan hari-hari terakhir dalam bulan  Ramadan jangan lupa pula.

Sebenarnya banyak sangat amalan mudah yang kita boleh buat untuk hari-hari terakhir Ramadan ini. Contohnya istighfar & selawat. Apa salahnya waktu kita dalam perjalanan ke surau atau masjid untuk solat, istighfarlah atau selawat dalam hati. Bersih sikit hati kita untuk solat. Nanti hati dah bersih, nak khusyuk pun senang, tak fikir benda lain dah.

Takdelah pergi surau atau masjid semata-mata nak cari jodoh atau jejaka pilihan em.

Check balik niat kita. Kita pergi surau untuk solat kerana apa? Memang ikhlas nak solat kerana Allah atau nak nampak baik dimata manusia, ataupun nak cari jejaka? Only you know the answer.

Dan, masa kita tolong mak buat kuih raya atau kemas rumah ke, ada baiknya juga kita istighfar atau selawat. Tak kisahlah apa sahaja aktiviti yang kita buat, selitkan istighfar dan selawat dalam hati. Confirm hati akan tenang & nak buat kerja pun senang. 

Lepas itu, kalau boleh, banyakkan juga amalan sunat. Tak kisahlah sekecil-kecil sunnah hingga ke sebesar-besar sunnah. Buat. Jangan pandang remeh pada sunnah.

Dan jangan lupa, usaha untuk bangun malam. Perbanyakkan ibadah waktu itu. Doa banyak-banyak dan sungguh-sungguh. Doa supaya nama kita tersenarai untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Luahkan segala perasaan dalam hati kita, bercakap dengan Allah. Dia Maha Mendengar. 

Bagi wanita yang datang bulan, jangan risau, kita tetap boleh lakukan ibadah. Kita boleh istighfar, selawat, baca Ma'thurat and dengar alunan Quran. Cuma yang memang dah terang-terang haram janganlah buat. 

Yang penting, jangan putus asa. Allah akan pandang usaha kita & Allah tak suka hambaNya yang berputus asa.

Jadi, cuba, cuba, dan cuba okay?

Selamat beribadah :)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Follow Me

  • Instagram
  • Facebook

Labels

  • life
  • Ramadan
  • School
  • Self love
  • SPM
  • thought

recent posts

Blog Archive

  • October 2022 (1)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • November 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • October 2018 (2)
  • June 2018 (4)

Created with by BeautyTemplates