10 Hari Terakhir Ramadan

by - June 09, 2018

Related image
Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar kita semua telah berada dalam 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan. Waktu first day puasa itu rasa macam lamaa sangat nak sampai 10 hari terakhir. But now, kita dah nak habis puasa dah. 

Semoga kita semua lebih mengejar nikmat Ramadan berbanding nikmat Raya.

Tak salah nak bergembira sebab hari raya. Tapi amalan hari-hari terakhir dalam bulan  Ramadan jangan lupa pula.

Sebenarnya banyak sangat amalan mudah yang kita boleh buat untuk hari-hari terakhir Ramadan ini. Contohnya istighfar & selawat. Apa salahnya waktu kita dalam perjalanan ke surau atau masjid untuk solat, istighfarlah atau selawat dalam hati. Bersih sikit hati kita untuk solat. Nanti hati dah bersih, nak khusyuk pun senang, tak fikir benda lain dah.

Takdelah pergi surau atau masjid semata-mata nak cari jodoh atau jejaka pilihan em.

Check balik niat kita. Kita pergi surau untuk solat kerana apa? Memang ikhlas nak solat kerana Allah atau nak nampak baik dimata manusia, ataupun nak cari jejaka? Only you know the answer.

Dan, masa kita tolong mak buat kuih raya atau kemas rumah ke, ada baiknya juga kita istighfar atau selawat. Tak kisahlah apa sahaja aktiviti yang kita buat, selitkan istighfar dan selawat dalam hati. Confirm hati akan tenang & nak buat kerja pun senang. 

Lepas itu, kalau boleh, banyakkan juga amalan sunat. Tak kisahlah sekecil-kecil sunnah hingga ke sebesar-besar sunnah. Buat. Jangan pandang remeh pada sunnah.

Dan jangan lupa, usaha untuk bangun malam. Perbanyakkan ibadah waktu itu. Doa banyak-banyak dan sungguh-sungguh. Doa supaya nama kita tersenarai untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Luahkan segala perasaan dalam hati kita, bercakap dengan Allah. Dia Maha Mendengar. 

Bagi wanita yang datang bulan, jangan risau, kita tetap boleh lakukan ibadah. Kita boleh istighfar, selawat, baca Ma'thurat and dengar alunan Quran. Cuma yang memang dah terang-terang haram janganlah buat. 

Yang penting, jangan putus asa. Allah akan pandang usaha kita & Allah tak suka hambaNya yang berputus asa.

Jadi, cuba, cuba, dan cuba okay?

Selamat beribadah :)

You May Also Like

0 comments