Muji One Utama, Kuala Lumpur

by - June 24, 2018

Gambar ini diambil melalui laman web 1 utama. Bukan saya yg tangkap gambar.
So, seperti yang saya dah inform di ig story, saya akan buat cerita atau boleh dikatakan pengalaman (pengalaman ke) waktu saya di kedai Muji ni. So, ceritanya begini..

Muji One Utama, Kuala Lumpur.

Pada hari Sabtu (semalam), aku pergi kedai Muji ni untuk beli stationery. Sebenarnya, waktu hari Sabtu tu, keluarga aku rancang nak jalan-jalan sebab mak saudara aku datang rumah. Tapi tulah, diorang pun tak tahu nak pergi mana sebenarnya. So, disebabkan aku excited sangat nak beli barang kat kedai Muji tu, aku cadangkanlah pergi One Utama, KL. Aku cakap nak pergi Muji and diorang pun setuju jelah sebab boleh jalan-jalan sikit kat KL. 

Haa, untuk pengetahuan korang, kedai Muji ni adalah kedai Jepun. Bukan Malaysia. Tengok nama pun dah tahu kan. And Muji ni jugak adalah kedai pakaian dan perabot. Tapi sebenarnya, bukan pakaian dan perabot je, skincare, stationery and even makanan pun ada. Tapi tak banyaklah. Yang banyaknya of course pakaian dan perabot. Yang lain-lain tu sikit je. Sambung cerita.

Bila dah jumpa kedai Muji tu, tahap ke'excited'an aku meningkat. dari 50% ke 98%. Itu baru jumpa,  belum masuk lagi. Pastu bila dah masuk, tahap excited aku dah meningkat MENDADAK-DADAK, tapi disebabkan orang-orang dalam kedai tu senyap and suasana pun tenang, aku simpan perasaan excited tu dan tukarkan kepada perasaan syukur. Yela, sebab dah lama gila aku nak pergi kat sini and beli stationery kat situ. Alhamdulillah :)

And mungkin korang tertanya, macam mana aku boleh tahu kewujudan kedai Muji ni and kenapa nak sangat beli barang kat situ? Aku jawab-- sebab aku ada tengok satu channel youtube ni, nama channel tu @studytee. Ada dalam satu video dia tu, dia guna alat tulis Muji. Buku, pen, marker, semua daripada Muji. So, bila tengok dia guna barang-barang Muji tu, rasa beeeeesstt sangat! Rasa macam teratur and clean je bila guna barang tu berbanding alat tulis yang lain. So, dari situlah perasaan aku membuak-buak nak beli and try rasa sendiri barang Muji tu.

Dah nama pun barang dari negara matahari terbit, Jepun, mestilah mahal. Aku tak nafikan, memang mahal. Tapi barangnya berkualiti. So macam kalau beli pun inshaAllah tahan lama and berbaloi. Nak tengok barang yang aku beli? 

Ini diaa ↓

notepad, pen case and notebook.
Itu jelah yang aku mampu ambil haha. Nak beli banyak-banyak nanti ayah marah 😂. Hashtag sayamasihdibawahtanggunganibubapa haha. Sebenarnya, banyak sangat barang-barang menarik kat Muji ni, cuma mahal je. Tapi kalau mampu, bolehlah beli. Tak halang pun.

Haa, lagi satu nak cerita ni. Cerita ni lawak sikit haha.

Basically, kalau dah nama pun kedai Jepun, mesti ramai kaum cina ataupun non-muslim yang datang kan. Tapi orang melayu and india pun datang, cuma tak seramai cina. And, seperti yang korang tahu, KL ni moden. So, orang-orang yang datang sini pun mestilah berpenampilan moden dan tak nampak gaya ketinggalan zaman. Tapi, disebabkan ketaksuban seorang amirah terhadap baju kurung, jadi, dia pun pakai baju kurung pergi Muji tu.

(saya tak nak masukkan gambar saya pakai baju kurung sbb dah ada kat ig story hahah)

Tahu tak perasaan bila jadi ganjil tu macam mana? 
Rasanya macam sehelai kain biasa didalam timbunan permata yang bersinar. (ya Allah, perumpamaan apa aku bagi nih 😂). Haa, lebih kurang macam tulah rasanya. Sangat ganjil binti janggal. (cuba cakap banyak kali, berbelit tak lidah haha)

TAPI,

jujur aku cakap, banyak pengajaran yang kita boleh ambil bila bertembung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Jepun ni. Masa aku belek-belek barang dalam kedai tu, suasana kedai tu tak bising. Lagu tu adalah, tapi lagu yang menenangkan je. Semua barang teratur, takde sepah-sepah. Boleh dikatakan macam betul-betul ada kat Jepun tapi versi Malaysia hehe. 

Lepastu, pekerja dalam kedai tu sangat-sangat menghormati pelanggan yang datang! Setiap kali bertembung dengan pelanggan, diorang akan bagi salam. I mean, diorang akan cakap "Welcome to Muji." Lebih kurang macam itulah pekerja tu cakap. Pastu diorang akan tundukkan sikit badan sebagai tanda hormat.

Aku cakap macam ni sebab pekerja tu ada cakap macam tu kat ayah aku masa berselisih dengan dia. So, timbul kekaguman aku terhadap kedai Jepun ni walaupun mungkin pekerjanya bukan dari Jepun. 

***
Jadi, itu sahajalah cerita aku tentang kedai Muji ni. Harapnya korang enjoylah baca entri kali ini. Tak banyak pun ceritanya, tapi aku cuma nak share sedikit sebanyak pengajaran yang aku dapat kepada korang. So, aku harap korang pun dapatlah pengajaran melalui cerita ini. 

Kalau ada apa-apa cadangan atau komen, boleh terus komen kat bawah ni okey. Aku akan baca, jangan risau hehe. So, jumpa lagi untuk next entry. Assalamualaikum and bye!

You May Also Like

0 comments