Dah lama sangat rasanya tak buka blog ni. I mean, bukanlah tak buka. Tak upload entri baru. Dah 4 bulan dah. Maklumlah, saya sibuk dengan study untuk PT3, so saya memang dah larang diri saya untuk tak upload entri baru plus, takde idea nak tulis apa haha.
---
Nak dijadikan cerita, sebelum PT3, saya and pelajar batch '03 yang lain pergi kem. Kem ni untuk persediaan sebelum PT3 lah kiranya.
Disebabkan ada baaanyak benda yang best masa kem tu, saya plan nak buat entri barulah!
Sooo, selamat membaca! ♡
---
13 - 15 Julai 2018(3 days 2 nights)
Me with Ain! ♡ (masa dalam perjalanan nak pergi kem)
Masa kitorang semua dah sampai AsiaCamp tu, cuaca kat sana memang panas. Panas terik! Peluh mengalir-ngalir kat badan. Tapi, nak buat macam mana kan. Kenalah terima. Lepas itu, cikgu-cikgu pun suruh murid-murid semua berkumpul untuk bagi arahan and tetapkan bilik dorm setiap kumpulan.
Lepas dah tahu bilik dorm, apa lagi, serbulaaahh!
Bila dah sampai bilik tu, memang lega sangat. Bolehlah nak baring-baring jap (tiberr). Pastu kitorang pun pilihlah katil masing-masing. Katil kat sana single je. So, lagi bestlah haha. Lepas dah rehat and kemas-kemas barang kat bilik, kitorang pun pergi dewan untuk belajar. Waktu itu dalam pukul 11 lebih rasanya. Panas dia jangan katalah, peluh still mengalir-ngalir lagi .-.
Then, dah habis belajar, dalam pukul 1 camtu, kitorang pun pergi kantin untuk makan. Lepas makan, solat pastu rehat kat dorm untuk mandi ke apa pastu belajar balik.
Begitulah juga aktiviti pada waktu malamnya. Study.
Fun fact, aku ni jenis yang tidur awal tau. Memang tak boleh tidur lambat sebab cepat ngantuk 😂. Kalau boleh, pukul 10 atau 10 lebih dah terlelap dah. Tapi, malam itu, kitorang kena belajar sampai pukul 11. Memang ngantuklah jawabnya. Tepaksalah tahan ngantuk itu jugak. Masa belajar, tak habis-habis menguap haha.
Lepas dah habis belajar, kitorang pergi minum malam dulu kat kantin.
Dah habis minum, balik dorm.
Masa kat sana, aku sebilik dengan classmates aku and beberapa pelajar dari kelas lain. Tapi yang ramainya, kelas akulah. Nak dijadikan cerita, ustazah aku ada bagi homework untuk subjek KKQ (kelas kemahiran al-quran), so mereka-mereka yang sungguh rajin ini pergi buat homework tu ramai-ramai kat tengah-tengah bilik. Pukul 11 lebih tau, dah nak pukul 12 dah masa tu. Aku cam ._.
Tapi aku tak buatlah sebab aku tak bawak buku itu 😂. Lagipun aku ngantuk, so malas nak fikir, aku tidur je.
---
Esoknya pulak, kitorang bangun and bersiap-siap untuk solat Subuh. Kitorang start study kat dewan pukul 8 or 8 lebih camtu, so sementara tunggu pukul 8 itu, lepas habis solat, ada yang lepak-lepak kat bilik, ada yang keluar jalan-jalan and macam-macamlah. Tak ingat sangat dah 😂.
Daaan, gambar kat atas itulah pemandangan waktu pagi kat belakang dorm kitorang! Cantik kann? 😍
And, ada suatu pagi itu, kitorang kena hadirkan diri untuk senamrobik. Senamrobik ini campur dengan sekolah lain. Kawasan kat sana memang luas and memang untuk kem, so memang banyak sekolahlah buat kem kat sana. Cikgu tak bagitahu pun ada senamrobik, tapi tiba-tiba je kena buat senamrobik. So, nak tak nak, kena buat jugak. Dahlah bukan semua pelajar join, ada yang terlepas tau haih.
Masa itu, semua sekolah dah berkumpul dah kat laman untuk senamrobik, sekolah kitorang je yang lambat. Coach (tak tahu orang panggil apa yang lead untuk senamrobik tu) dah marah kitorang dah. So dengan terpaksanya, kitorang join jugak senamrobik itu.
Dalam banyak-banyak hari, kenapa haritu jugak nak buat senamrobik? Dahlah aku pakai baju kurung. Ya, baju kurung untuk senamrobik kawan-kawan. Baju kurung.
Tapi takde sesiapa pun yang kisah, jadi aku buat jelah senaman itu. Dahlah lambat, pakai baju pelik. Ya Allah, malu itu tak tahu nak tutup kat mana.
And, masa tengah buat senaman itu, ada lagu tarian Jamilah tau. Sekolah kitorang memang jadikan tarian itu sebahagian daripada perkara yang semua pelajar kena tahu. Kiranya, kalau ada apa-apa sambutan kat sekolah ke apa, mesti akan ada tarian itu jugak. Nak dijadikan cerita, sekolah lain tak tahu tarian itu. Sekolah aku and leader senamrobik itu jelah tahu, so kitorang pun menarilah dengan semangat sebab kitorang dah biasa dengan tarian itu kan.
Masa menari, step kitorang tak sama dengan leader. Leader ke kanan, kitorang ke kiri 😂. Disebabkan sekolah aku je yang bersemangat menari lagu itu, plus dengan step yang tak ikut leader, semua sekolah yang ada pandang peliklah kat kitorang. Semua tengok je kitorang menari. Diorang yang lain pun dah tak ikut leader buat senamrobik haha. Serious, waktu itu kelakar gila. Tak sia-sia pergi senamrobik walaupun pakai baju kurung 😂.
Lepas dah habis senamrobik, kitorang pun pergi sarapan and belajar. Begitulah juga aktiviti waktu petang dan malamnya. Haa, waktu petang itu, lepas dah habis belajar, kitorang pergi jalan-jalan jap ambil angin petang gitew. Masa itu kitorang pergi satu kawasan ni, kawasan itu banyak game taaaauu. Best gila game diaa. Game itu bukanlah game alam maya, aktiviti fizikal lah. Macam aktiviti PLKN itu (yeke? tah) . Panjat tembok, gayut kat tali seberang air, haih macam-macamlah!
Ni gambar yang sempat diambil masa kat sana ⇩
nampak tak siapa yang pakai baju kurung kat situ em
Sebenarnya berlambak lagi gambar, tapi satu cukuplah kot kan. Hehe.
Pada waktu malam pulak (still tak ingat malam mana satu sebenarnya), lepas dah habis belajar dalam pukul 11, cikgu and pelajar lelaki layan FIFA kat dewan. Pelajar perempuan semua balik dorm, pelajar lelaki ada yang balik dorm and ada yang layan FIFA ramai-ramai. Masa itu memang musim bola sepak, so aku yang sifar pengetahuan tentang bola ini, malas nak ambil kisah. So, let them be.
...
Akhirnya, tibalah hari untuk kitorang semua balik. Tapi still kena belajar jugak pagi itu sebab kitorang balik lepas zohor.
Waktu pagi itu (sebelum mula belajar), kitorang semua kemas-kemaslah barang apa yang patut. Kemas bilik, buang semua sampah dalam bilik bla bla bla.
Then, pagi itu kitorang diberi ceramah (ceramah ke? entah tak tahu nak panggil apa) daripada pihak pentadbir sekolah kat surau. Pihak pentadbir bagi nasihatlah kat kitorang semua, tentang kejayaan, pelajaran, and macam-macam lagi. So, dapatlah kitorang motivate diri sikit waktu pagi itu. Perasaan nak berjaya membuak-buak gituu.
Daaan akhirnya, kitorang pun balik. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada sikit masalah sebelum balik itu, tapi masalah itu berjaya diselesaikan. Everything goes smoothly, alhamdulillah ♡.
---
Walaupun hanya 3 hari 2 malam kat sana, aku tetap dapat banyak pengalaman. Lagi-lagi bila dengan classmates sendiri. Rasa dia lain tau. Dari form 1 sampai form 3 classmates yang saaaama je. Mungkin kedengaran agak bosan yelah hadap muka yang sama je setiap tahun kan, tapi tak bagi aku. Aku happy je. Rasa rapat dia itu macam keluarga and adik-beradik sendiri.
Kawan-kawan dari kelas lain pun sporting je semua. Waktu belajar, jadi best dengan diorang semua.
Aku minta maaf kalau tak banyak benda menarik yang aku cerita, sebab aku dah tak berapa ingat hehe. Semoga entri ini dapat menceriakan hari korang semua 😉.
Argghh I love my classmates so muchh! 💕
---
Okay, jumpa lagi dalam entri yang akan datang, assalamualaikum!
0 comments