Tarbiyah Ramadan; For you & me [part 1]
بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.
Assalamualaikum korang. 😊
Maaf sebab agak lambat post this entry sebab aku tak boleh tulis kalau takde mood, nanti entah apa2 yang aku tulis nanti. So now, mood dah sampai, maka terhasillah nukilan ini :)
Btw, sebelum ni aku ada pergi lawatan ke sebuah masjid kat Shah Alam. Nama masjid tu Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah sempena PPIM punya program. And aku dapat banyaaaak sangat ilmu sepanjang kat sana. So, aku nak share lah dgn korang semua ye. Terutamanya untuk aku sendiri :') Jadi, jom baca? Bismillah..
--------------------
Masa ustazah bagi kata alu-aluan, aku ada dapat tangkap sedikit 'mutiara' ilmu daripada beliau, ceh. Sempena dalam bulan mulia ni, ustazah ada cakap-- ambillah peluang untuk solat Terawih. Sebab hakikatnya, syurga sangat rindu pada kita. Syurga sangat sangat indah, dan Allah akan masukkan orang2 yang baik & buat amal2 baik ke dalamnya.
Waktu ni lah kita kena didik diri untuk jadi orang yang bertakwa kepada Allah. Bulan puasa ni bukan untuk tahan makan & minum je, jaga semua anggota badan especially MATA. Jangan buat apa yang Allah larang. Sebab, kebanyakan dosa terjadi melalui mata. Tentang mata ni, Allah dah terangkan dah dalam Surah An-Nur ayat ke-30 & 31 kenapa kita kena jaga pandangan. So, cubalah sedaya upaya untuk tahan mata dari melihat benda tak baik sebab Allah akan gantikannya dengan memberikan kemanisan iman dalam hati kita.
--------------------
Panel 1: Ustazah Hajah Hindon binti Abdullah.
Masa ustazah bagi kata alu-aluan, aku ada dapat tangkap sedikit 'mutiara' ilmu daripada beliau, ceh. Sempena dalam bulan mulia ni, ustazah ada cakap-- ambillah peluang untuk solat Terawih. Sebab hakikatnya, syurga sangat rindu pada kita. Syurga sangat sangat indah, dan Allah akan masukkan orang2 yang baik & buat amal2 baik ke dalamnya.
Waktu ni lah kita kena didik diri untuk jadi orang yang bertakwa kepada Allah. Bulan puasa ni bukan untuk tahan makan & minum je, jaga semua anggota badan especially MATA. Jangan buat apa yang Allah larang. Sebab, kebanyakan dosa terjadi melalui mata. Tentang mata ni, Allah dah terangkan dah dalam Surah An-Nur ayat ke-30 & 31 kenapa kita kena jaga pandangan. So, cubalah sedaya upaya untuk tahan mata dari melihat benda tak baik sebab Allah akan gantikannya dengan memberikan kemanisan iman dalam hati kita.
"Pandangan pertama merupakan anak panah beracun yang terlepas dari busur sang iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan gantikannya dengan memberikannya kemanisan iman di dalam hatinya."
- Hadith sahih riwayat Hakim.
Dan, ustazah ada bagi kata-kata yang-- bagi aku, sangat mendalam maksudnya.
"Orang-orang biasa mencari kecemerlangan bertaraf dunia. Namun, orang Islam adalah luar biasa & mencari kecemerlangan bertaraf syurga."
.
Panel 2: Ustaz Mohamad Fauza bin Ali.
Panel 2: Ustaz Mohamad Fauza bin Ali.
Sebelum aku kongsi apa yang ustaz sampaikan, aku nak bagitahu yang pembacaan ini panjang sikit, hehe. Tapi aku ada buat part 2 untuk sambungan. So, insha Allah tak nampak terlalu panjang kot ehehe. Ok, sambung.
Ustaz ada bagitahu bahawa--
Allah janji akan bagi syurga pada orang2 yang bertaqwa. Sebelum tu, apa maksud taqwa ni sebenarnya? Sebab, kalau kita tak tahu maksud taqwa ni, macam mana nak jadi orang yang bertaqwa kan? Dan, apa yang kita kena buat untuk jadi orang yang bertaqwa?
Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”
Umur-umur kita ni, sepatutnya dah dikenali dengan tarbiyah; dididik. Nak nak pula sekarang ni kita dalam bulan Ramadan. Inilah masanya untuk didik diri. Guna waktu ni sebaik-baiknya. Nak tahu tak, salah satu golongan yang mendapat pertolongan Allah di akhirat kelak ialah-- pemuda2 yang hidup dalam ketaatan kepada Allah.
Tarbiyah ni sangat penting; untuk beri makan pada roh, nafsu dan rohani kita. Sebab sekarang ni kita berada di zaman yang bahaya. Tengoklah umat Islam harini macam mana. Terlalu terikut-ikut dengan budaya barat, sampaikan menganggap bila kita ikut cara Islam adalah ketinggalan zaman. Kalau nak ikut pun, ikutlah perkara yang baik. Islam tak susah pun, cuma kita ni tak kenal Islam secara mendalam. Tu yang rasa susah tu.
Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara :
- hidup sebelum mati
- sihat sebelum sakit
- lapang sebelum sibuk
- muda sebelum tua
- senang sebelum susah
Kelak, kita akan ditanya tentang apa yang kita pertanggungjawabkan.
Umur;
- kemana kamu guna umur kamu?
Muda;
- mana kamu guna masa kamu?
Harta;
- kemana harta yang kamu laburkan?
"Masa itu adalah kehidupan." Waktu yang ada ni, itulah kehidupan kita. Jadi, gunalah sebaik-baik yang mungkin. Jangan guna untuk benda tak penting. Set a goal everyday. So, kita akan lebih terdidik untuk kejar impian kita tu setiap hari & tak pandang dah benda tak penting.
Diantara faktor yang membawa kepada kerosakan :
- ibadah yang tiada kemanisan
- nafsu amarah; nafsu bergelojak
Kadang-kadang, kita ni hidup nak harta, nak famous, nak kaya, nak ada boyfriend, girlfriend, nak macam-macamlah. Sebenarnya, benda tu tak memuaskan pun. Tapi sebab kita ikut nafsu, so kita tetap jugak buat walaupun benda tu tak beri kepuasan. Waktu bulan Ramadan ni lah, kita kena jadi 'driver' & nafsu jadi 'passenger'. Biar kita yang pandu nafsu kita tu pergi ke arah yang baik, bukan nafsu yang pandu kita. Kalau nafsu yang jadi 'driver' sangat bahaya!
Selain tu, pandangan mata pun sangat bahaya. Apatah lagi jika disusuli dengan hawa nafsu, astaghfirullahal'azim. Antara jalan-jalan yang membawa kita kearah perbuatan zina ialah pandangan matalah. Mula-mula memang pandang-pandang je. Pastu dah rasa biasa pandang2, mulalah senyum2. Then, beranikan diri untuk bagi salam pulak.
Tup tup, dah bersembang panjang lebar secara tak sedar. Bila dah mesra, start buat temu janji. Pastu berjumpa. Lama-kelamaan, bila perbuatan berjumpa with each other dah rasa biasa, bila-bila masa je boleh bawa kepada zina. Nafsu ni kalau dah bergelojak sangat, dan iman kita tak kuat, dialah yang pandu kita nanti. Sampai diri sendiri pun tak sedar yang dah terlanjur, nauzubillahi min zalik.
.
.
sambungan di entry seterusnya.
0 comments