Pengalaman

Hari ini hari yang tak baik bagi aku. Everything goes wrong. And I never expect this to be happen. Never. But Allah knows best for me.
Aku dah buat kawan aku sendiri sakit hati. Aku dah tambah torehan hati dia yang banyak kali terluka. Aku dah ditakdirkan menjadi salah seorang yang toreh hati dia dan burukkan nama dia.
Jujur aku katakan, aku takde niat pun nak buat dia marah. Tapi keadaan memaksa. Otak aku dah blank untuk berfikir pada waktu itu. Sampaikan rahsia yang patut disimpan, terlepas keluar daripada mulut aku sendiri. Aku dah minta maaf kat dia secara pm dan dia dah pun maafkan aku. Tapi aku tahu hati dia mesti sakit.
Aku memang tak rapat dengan dia. Jarang sangat untuk berbual, atas sebab-sebab tertentu. Kalau ada urusan penting je aku berbual dengan dia. Dan ini adalah kali pertama aku buat dia sakit hati dengan aku. Aku tak tahulah sebelum ini aku ada buat dia sakit hati atau tak. Tapi apa yang penting, ini adalah kes pertama yang aku buat dan aku tahu dia marah dengan aku.
Dan yang paling teruk sekali ialah, hari ini dah mula cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. So, peluang untuk aku minta maaf kat dia secara berdepan adalah 0%.
Sungguh, aku rasa bersalah gila dengan dia. Aku nak minta maaf berdepan dengan dia tapi apakan daya, cuti menghalang. Aku tak faham kenapa mulut aku ni susah sangat nak jaga. Semua benda nak cakap. Tak nak simpan langsung. Seriously aku tak faham dengan diri aku sendiri.
Sekarang ini aku tak tahu penyelesaian apa yang aku patut buat. Yang aku tahu dan boleh buat hanya doa, doa dan tawakkal. That's all.
Jujur aku cakap, aku tak tahu apa yang akan jadi lepas cuti panjang ini. Allah saja yang tahu. Aku hanya boleh lalui saat itu dengan hati yang terbuka saja. Seriously otak aku blank sekarang ni.
Tapi walau apa pun yang terjadi, aku yakin semua perkara yang Allah takdirkan itu bersebab dan ada hikmah disebaliknya. Mungkin kita rasa hikmah disebalik ujian itu amat mustahil untuk berlaku sebab ujian yang Dia beri amat berat.
Tapi, percayalah Tuhan beri ujian bukan untuk menghukum namun, untuk mendidik. Mendidik kita untuk jadi lebih dekat dengan Dia sebab Dia Maha Segalanya dan Maha Mengetahui.
Yang menghadirkan ujian itu Dia, dan yang memberi hikmah disebalik ujian itu juga Dia.
Kita hanya perlu sabar dan doa sungguh-sungguh pada Allah. Percayalah, Dia akan aturkan segala yang terbaik untuk hambaNya. Dia Maha Penyayang. Dia tidak kejam. Sangka baik pada Allah, kau akan tenang.
0 comments