Move On
![]() |
Aku selalu tertunggu bilalah masa untuk aku jadi lebih baik, jadi lebih rajin, jadi lebih taat, jadi orang yang tak membuang masa, berdisiplin and macam-macam lagi sikap yang baik. Aku selalu tunggu. SELALU TUNGGU. Tapi aku salah. Aku tunggu tanpa usaha. Bila datang mood, baru nak jadi baik.
Kalau mood tak sampai-sampai, memang taklah aku nak buat kerja. Sampai bila-bila pun aku tetap di tangga yang sama kalau aku selalu bersikap 'ikut mood'. Macam mana nak jadi baik, taat and rajin tanpa lakukan apa-apa usaha dan hanya ikut mood?
Memang selama ini salah aku pun. Aku yang tangguh semua benda, sampai aku dah tak jadi macam waktu aku darjah 6 dulu. Aku bukan nak salahkan takdir, cuma bila teringat waktu aku darjah 6 tu buat aku lebih sedar. Lebih sedar untuk jadi pelajar yang berguna. Dan bukan macam sekarang. Sekarang yang...
Tidak mengapalah, biar aku simpan rahsia aku sendiri dengan Allah sahaja. Hanya Dia tempat aku luahkan segala masalah dan rahsia aku. Kalau bagitahu pada manusia sekalipun, bagi aku ia tak cukup memuaskan. Ya, beban di bahu mungkin akan rasa lebih ringan selepas meluahkan rasa pada manusia. Namun apabila kau beritahu Allah sendiri tentang rasa dan rahsia kau, percayalah. Tanpa meluahkan pada manusia sekalipun sudah cukup untuk buat kau rasa puas. Buat kau rasa tenang.
Bagus jika kau selalu berdoa dan mengharapkan kejayaan. Tapi kalau kau tak berusaha, sama juga. Kau takkan dapat apa yang kau nak kalau kau tak usaha. Simple. Tapi, benda simple itulah yang paling susah nak buat.
Aku bukan siapa-siapa untuk bagi nasihat pada orang. Yelah, diri yang menasihat ini pun susah nak hadam nasihat sendiri. Apatah lagi orang lain yang nak menerima nasihat kan?
|
It is up to you. Your life, your decision.

0 comments