Instagram

grace & faith

innermost thoughts.

  • Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Image result for desktop wallpaper pinterest


Selaaain daripada tu, kita kat sini, masih mampu fikir harini nak berbuka apa, nak sahur apa.

Pernah tak kadang2 tu terfikir macam mana perasaan berada di tempat kanak-kanak Palestine? Kesusahan diorang, keperitan ujian hidup diorang..

Anak-anak muda Palestin dah mampu beli kehidupan akhirat. Setiap hari diorang fikir sama ada hidup atau mati. Takde masa nak fikir berbuka apa, sahur apa. Kita kat sini senaaaang sangat. Semua boleh beli, semua dah tersedia-- takde masalah langsung. Kalau ada masalah berat sekalipun, tak mampu nak dibandingkan dengan keperitan penduduk Palestine.

Mereka dah nampak yang akhirat itu lebih bahagia & baik berbanding dunia yang penuh dengan musibah. Jadi, kita yang masih cukup segala keperluan ni, bersyukurlah. Syukur sangat-sangat kita masih ada rumah, ada katil empuk untuk tidur, ada kenderaan. 

Diorang dah takde dah semua tu. Ada rumah pun cukup2 untuk berlindung je. Gunalah kesenangan yang ada ni untuk buat baik, untuk berubah. Jangan nanti dah susah barulah menyesal kenapa aku tak berubah dari awal lagi..
.
.

So sebelum ni, aku ada cakap pasal taqwa kan. Jadi sekarang, aku nak kongsi ilmu daripada ustaz tentang macam mana kita nak lahirkan taqwa dalam diri.

1. Mesti ada perjanjian dengan Allah bahawa tiada yang layak disembah melainkan Dia.
tiada tempat untuk kita mohon sesuatu melainkan hanya Allah. Contohnya, sebelum sahur tu, ambillah masa sekejap untuk bermunajat pada Allah. Luahkan segala apa yang kita nak luahkan pada Allah. Kalau boleh, menangislah. Air mata tu sangat mahal. Kalau kita dah memang tak boleh nangis langsung, nabi kata, buat-buatlah menangis. 

2. Muhasabah.
renungkan balik-- macam mana quran aku, macam mana qiamullail aku, sedekah, solat and lain2. Bacalah quran, sebab Al-Quran lah yang akan jadi pembela kita di akhirat kelak. Bila kita luang masa sikit untuk muhasabah, insha Allah kita akan sedar balik daripada perkara yang melalaikan kita.

3. Mujahadah.
mujahadah ni maksudnya bersungguh-sungguh. Kita kena buat 'resepi' untuk dapat semua kebaikan pada bulan Ramadan. Mulakan tindakan tu sekarang-- rapatkan diri kepada Allah, buat solat2 sunat & jangan bagi alasan. Lepastu hadirkan hati; ingat kematian. Ingat apa yang jadi lepas kematian, which is tentang nikmat syurga & azab neraka lah kan. Baru kita akan bersungguh buat amal ibadah.

4. Perbanyakkan baca Al-Quran.
bacalah walaupun dalam fon. Kalau boleh guna mushaf. Kurangkan masa dengan fon & banyakkan masa dengan Quran.

5. Baca sirah-sirah nabi.
banyakkan baca kisah-kisah nabi. Contohnya, kisah tentang macam mana nabi puasa, berbuka, bersahur & kisah2 lain. Banyak sangat kisah nabi yang best2 dan kita boleh jadikan inspirasi.
*info tambahan: semua makanan yang kita makan, akan dihisab di akhirat. 

6. Berkawanlah dengan orang yang baik.
cth; ikutlah dia solat sama2. jangan kamu bersahabat melainkan orang yang betul2 beriman pada Allah. Sebab, kalau kita kawan dengan seseorang yang baik, insha Allah lama-lama kita akan terkena tempias baik tu jugak. Tapi, kalau sebaliknya, sebaliknya lah yang akan jadi :) 

Dan aaakhir sekali,

7. Ingatlah Allah setiap masa.
tak kisahlah masa tengah masak ke, tengok gunung ke, pokok ke, sungai ke, tengah lipat baju ke, sapu sampah ke ah semualah. Cuba untuk hadirkan hati untuk ingat Allah dalam apa jua yang kita lakukan. 

--------------------
Okay, sampai sini sahaja entry kali ini. Maaflah kalau terlalu panjang, tapi benda ni kan penting untuk kita semua. So, sebab tulah aku share. And, janganlah anggap aku dah buat semua yang aku share ni sebab aku pun pendosa jugak-- perlukan tarbiyah untuk didik jiwa. Kita usaha sama-sama eh? 

Terima kasih sebab baca sampai habis, minta maaf kalau ada salah silap sepanjang pembacaan ni. Semoga bermanfaat untuk kita semua! Assalamualaikum. 💗
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
بسم الله الرحمن الرحيم 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.

Related image

Assalamualaikum korang. 😊

Maaf sebab agak lambat post this entry sebab aku tak boleh tulis kalau takde mood, nanti entah apa2 yang aku tulis nanti. So now, mood dah sampai, maka terhasillah nukilan ini :)

Btw, sebelum ni aku ada pergi lawatan ke sebuah masjid kat Shah Alam. Nama masjid tu Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah sempena PPIM punya program. And aku dapat banyaaaak sangat ilmu sepanjang kat sana. So, aku nak share lah dgn korang semua ye. Terutamanya untuk aku sendiri :') Jadi, jom baca? Bismillah..

--------------------
Panel 1: Ustazah Hajah Hindon binti Abdullah.

Masa ustazah bagi kata alu-aluan, aku ada dapat tangkap sedikit 'mutiara' ilmu daripada beliau, ceh. Sempena dalam bulan mulia ni, ustazah ada cakap-- ambillah peluang untuk solat Terawih. Sebab hakikatnya, syurga sangat rindu pada kita. Syurga sangat sangat indah, dan Allah akan masukkan orang2 yang baik & buat amal2 baik ke dalamnya.

Waktu ni lah kita kena didik diri untuk jadi orang yang bertakwa kepada Allah. Bulan puasa ni bukan untuk tahan makan & minum je, jaga semua anggota badan especially MATA. Jangan buat apa yang Allah larang. Sebab, kebanyakan dosa terjadi melalui mata. Tentang mata ni, Allah dah terangkan dah dalam Surah An-Nur ayat ke-30 & 31 kenapa kita kena jaga pandangan. So, cubalah sedaya upaya untuk tahan mata dari melihat benda tak baik sebab Allah akan gantikannya dengan memberikan kemanisan iman dalam hati kita.

"Pandangan pertama merupakan anak panah beracun yang terlepas dari busur sang iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan gantikannya dengan memberikannya kemanisan iman di dalam hatinya."

- Hadith sahih riwayat Hakim.

Dan, ustazah ada bagi kata-kata yang-- bagi aku, sangat mendalam maksudnya.

"Orang-orang biasa mencari kecemerlangan bertaraf dunia. Namun, orang Islam adalah luar biasa & mencari kecemerlangan bertaraf syurga."

.

Panel 2: Ustaz Mohamad Fauza bin Ali.

Sebelum aku kongsi apa yang ustaz sampaikan, aku nak bagitahu yang pembacaan ini panjang sikit, hehe. Tapi aku ada buat part 2 untuk sambungan. So, insha Allah tak nampak terlalu panjang kot ehehe. Ok, sambung.

Ustaz ada bagitahu bahawa--

Allah janji akan bagi syurga pada orang2 yang bertaqwa. Sebelum tu, apa maksud taqwa ni sebenarnya? Sebab, kalau kita tak tahu maksud taqwa ni, macam mana nak jadi orang yang bertaqwa kan? Dan, apa yang kita kena buat untuk jadi orang yang bertaqwa?

Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Umur-umur kita ni, sepatutnya dah dikenali dengan tarbiyah; dididik. Nak nak pula sekarang ni kita dalam bulan Ramadan. Inilah masanya untuk didik diri. Guna waktu ni sebaik-baiknya. Nak tahu tak, salah satu golongan yang mendapat pertolongan Allah di akhirat kelak ialah-- pemuda2 yang hidup dalam ketaatan kepada Allah.

Tarbiyah ni sangat penting; untuk beri makan pada roh, nafsu dan rohani kita. Sebab sekarang ni kita berada di zaman yang bahaya. Tengoklah umat Islam harini macam mana. Terlalu terikut-ikut dengan budaya barat, sampaikan menganggap bila kita ikut cara Islam adalah ketinggalan zaman. Kalau nak ikut pun, ikutlah perkara yang baik. Islam tak susah pun, cuma kita ni tak kenal Islam secara mendalam. Tu yang rasa susah tu.

Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara :
- hidup sebelum mati
- sihat sebelum sakit
- lapang sebelum sibuk
- muda sebelum tua
- senang sebelum susah

Kelak, kita akan ditanya tentang apa yang kita pertanggungjawabkan.

Umur;
- kemana kamu guna umur kamu?
Muda;
- mana kamu guna masa kamu?
Harta;
- kemana harta yang kamu laburkan?

"Masa itu adalah kehidupan." Waktu yang ada ni, itulah kehidupan kita. Jadi, gunalah sebaik-baik yang mungkin. Jangan guna untuk benda tak penting. Set a goal everyday. So, kita akan lebih terdidik untuk kejar impian kita tu setiap hari & tak pandang dah benda tak penting. 

Diantara faktor yang membawa kepada kerosakan :
- ibadah yang tiada kemanisan
- nafsu amarah; nafsu bergelojak

Kadang-kadang, kita ni hidup nak harta, nak famous, nak kaya, nak ada boyfriend, girlfriend, nak macam-macamlah. Sebenarnya, benda tu tak memuaskan pun. Tapi sebab kita ikut nafsu, so kita tetap jugak buat walaupun benda tu tak beri kepuasan. Waktu bulan Ramadan ni lah, kita kena jadi 'driver' & nafsu jadi 'passenger'. Biar kita yang pandu nafsu kita tu pergi ke arah yang baik, bukan nafsu yang pandu kita. Kalau nafsu yang jadi 'driver' sangat bahaya!

Selain tu, pandangan mata pun sangat bahaya. Apatah lagi jika disusuli dengan hawa nafsu, astaghfirullahal'azim. Antara jalan-jalan yang membawa kita kearah perbuatan zina ialah pandangan matalah. Mula-mula memang pandang-pandang je. Pastu dah rasa biasa pandang2, mulalah senyum2. Then, beranikan diri untuk bagi salam pulak. 

Tup tup, dah bersembang panjang lebar secara tak sedar. Bila dah mesra, start buat temu janji. Pastu berjumpa. Lama-kelamaan, bila perbuatan berjumpa with each other dah rasa biasa, bila-bila masa je boleh bawa kepada zina. Nafsu ni kalau dah bergelojak sangat, dan iman kita tak kuat, dialah yang pandu kita nanti. Sampai diri sendiri pun tak sedar yang dah terlanjur, nauzubillahi min zalik.
.
.
sambungan di entry seterusnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Follow Me

  • Instagram
  • Facebook

Labels

  • life
  • Ramadan
  • School
  • Self love
  • SPM
  • thought

recent posts

Blog Archive

  • October 2022 (1)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • November 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • October 2018 (2)
  • June 2018 (4)

Created with by BeautyTemplates