Seperti yang korang semua tahu, bulan Oktober sampailah Disember adalah bulan yang paling baanyak masa. Terutamanya bagi kita ni, pelajar sekolah. Tapi, apa yang kita buat dengan masa yang berlambak-lambak tu?
Adakah kita sia-siakan masa macam tu je?
Tahu, tahu. Semua orang penat belajar dari bulan Januari sampailah ke bulan September dan awal Oktober. Kita semua berhak dapat rehat. Tapi, dalam rehat-rehat tu, janganlah sampai membuang masa.
Dalam waktu-waktu ni, semua sibuk
- main game
- qada' drama & movie yang dah lepas
- online social media 24 jam
dan lain-lain.
Dan jujur, aku pun termasuk dalam senarai tu. 😢
Kadang-kadang aku terfikir, takkan aku nak buat benda lagha macam ni je sampai akhir tahun? Bila aku nak isi masa aku dengan benda berfaedah dan bermanfaat?
Bercerita tentang masa ni, aku teringat mesej dari Allah dalam Surah Al-'Asr ;
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.
Korang semua ada bakat terpendam kan? Takkan takde, semua mesti ada walaupun satu. Jadi, apa kata korang guna & asah bakat korang untuk kebaikan? Okay, aku bagi contoh ;
Kalau korang pandai menulis, tulislah perkara yang bermanfaat. Tulis puisi ke, kata-kata hikmah ke, or even tulis buku ke? Asalkan apa yang korang tulis itu membawa kepada kebaikan dan bermanfaat untuk ummah.
Kalau korang pandai melukis, lukislah perkara yang menunjukkan keindahan Islam. Lukis komik yang berunsur dakwah ke? Lukis something yang baik dan positif. Yang penting lukisan itu adalah sesuatu yang membuatkan orang lebih dekat dengan Allah. Uishh, berganda-ganda pahala masuk tu.
Kalau korang mahir dalam bercakap atau berdebat, cakaplah perkara yang baik dan bermanfaat. Bila bercakap dengan orang, keluarkanlah kata-kata yang membuatkan orang tertarik dengan Islam. Beri nasihat. Kadang-kadang, kita tak sedar, melalui percakapan pun boleh buat hati seseorang tu tergerak kepada kebaikan atau keburukan.
Tak kisahlah apa-apa sahaja kemahiran & bakat yang korang ada, gunalah untuk kebaikan. Gunakan perkara itu untuk jadi lebih dekat dengan Allah. Pahala dapat, ketenangan pun dapat. Insha Allah.
So, berbalik kepada masa tadi. Banyak masa yang Allah bagi pada kita sekarang ni. Jadi, salah satu cara untuk isi masa yang banyak itu ialah dengan gunakan bakat korang. Asah, asah, asah dan asah!
Walaupun dah mahir tahap antarabangsa, asah jugak ! Tak rugi pun kan?
Semoga, bila kita usaha untuk gunakan bakat yang kita ada untuk isi masa lapang, kita terhindar daripada menjadi manusia yang rugi. Dan semoga, kita semua menjadi hamba Allah yang disebutkan dalam ayat ke-3 dalam surah Al-'Asr tadi.
"Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran."
Insha Allah, teruskan berdoa. Aamiin !


